Loading

Apa yang kami yakinkan?

Apa erti semua ini?

What do
We Have Faith In?

What's it all about?

bm
eng

Sebuah kempen kenegaraan yang mengajak seluruh rakyat bersatu hati membangunkan tanah air tercinta – Malaysia.

Adalah perlu akan suatu landasan/platform bebas yang memberi peringatan kepada semua bahawa tak kira apa jua agama, bangsa, profesyen, ataupun pandangan politik, kita semua memainkan peranan dalam pembangunan negara kita.

Maka, Have Faith | Yakin Malaysia adalah platform tersebut. Sifat positif dan optimis menjadi nadi penggerak usaha kami untuk menyemai keyakinan semua terhadap tanah air.

A campaign to bring all Malaysians together to embrace the spirit of building our beloved nation - Malaysia.

There is a need for an independent platform to remind each other that we are all the building blocks of this country regardless of our lifestyle, background, profession, religion or even political inclination.

HAVE FAITH | YAKIN is that platform. This campaign will use positivity and optimism as the fuel to guide our actions towards having faith in our country.

Mengapa perlu prihatin?

Apakah perlu kempen ini?

Why
The Concern?

What led to this campaign?

bm
eng

Natijahnya ramai yang mahukan Malaysia yang lebih baik dari keadaan sekarang, namun berapa ramai pula yang berusaha untuk mencapai matlamat tersebut?

Ada yang bersikap acuh tak acuh dan meragui kemampuan Malaysia. Semakin ramai pula yang berselindung di sebalik layar komputer berkata-kata laksana bijak pandai walhal ia merapu dan ada pula yang termakan dengan dakyah palsu dan unsur-unsur negatif. Tidak pula mereka inimengambil pendekatan proaktif objektif.

Misalnya, yakinkah kita akan kesahihan maklumat yang kita kongsikan di laman-laman media sosial? Adakah kita seorang yang produktif dalam sesuatu perbincangan ataupun seringkali dikuasai amarah? Sehinggakan tali kekeluargaan dan persahabatan terputus dek kebiadaban diri? Tidak dilupakan juga rakyat yang meninggalkan negara ini.

Kami percaya dengan kempen yang dipacu kepositifan dan kandungan yang mantap, anjakan ke arah pemikiran yang berwawasan, bermatlamat dan matang. Pada masa yang sama budaya, warisan serta sejarah setiap masyarakat serta negara ini dapat kita pelajari dan hayati.

Let’s face it, although some of us constantly expect a better country, how many of us actually do something about it?

Some are prone to falling into the category of pessimists and skeptics. Instead of being proactive and objective, it is sad to see a rise in keyboard warriors, armchair activists, pseudo-intellects and those who fall prey to sentiments, rhetorics, and other forms of negativity.

For example, do some of us think twice about the validity of a post before sharing it on social media? Do we find ourselves engaging in discussions that are productive or instead heated with hatred? Sometimes even severing ties with family and friends for the lack of respect on ones opinion. Let’s not forget the valuable people who have left the country too.

We believe by creating a positively driven campaign with substantial content, we can gradually shift the mindset to be one that is forward-thinking, solution-based and mature. At the same time, understanding the culture, heritage, and history of the people we live among and the country we live in.

Adakah ia bersifat Politik?

Kami di pihak siapa?

Is This
Political?

Who are we supporting?

bm
eng

Ada yang mendakwa kami ini kumpulan ‘inter-faith’. Ada pula yang mendakwa kami ditaja oleh pihak pro-kerajaan serta pro-pembangkang kami juga dituduh sebagai golongan ‘Illuminati’, walhal kami sebenarnya merupakan CSR (Corporate Social Responsibility) sebuah agensi kreatif bernama Motiofixo!

Niat kami baik. Kami tidak mahu segala isu dan permasalahan di Malaysia dipolitikkan. Pemimpin dan kerajaan silih berganti, namun Malaysia kekal wujud.

Maka, fokus kami adalah rakyat Malaysia seluruhnya kerana Malaysia adalah hak kita semua tanpa mengira pegangan politik. Ayuh kita melangkah dengan yakin disamping menolak sikap prejudis.

Contrary to popular assumptions such as being an inter-faith group, or funded by ‘pro-government’ or ‘anti-government’ groups and even ‘Illuminati’, this campaign is none other than a CSR (Corporate Social Responsibility) initiative started by a creative agency by the name of Motiofixo.

Purely in the spirit of goodwill, we do not believe that everything needs to be politicised. Politicians and governments come and go, but Malaysia as a country stays. Therefore the focus here is us Malaysians.

However, this does not stop those with any political inclinations to have faith. Afterall, this country belongs to all of us. Let’s avoid prejudice.

Apakah Matlamatnya?

Apakah yang diharapkan?

What's
The Goal?

What does this campaign believe in?

bm
eng

Matlamat kempen ini adalah untuk merevolusikan gaya pemikiran rakyat Malaysia dengan penumpuan terhadap beberapa aspek.

Antaranya adalah bersikap proaktif, memberi kritikan membina, menghapuskan prejudis, bersifat objektif dalam perbincangan, dan yang penting sekali, punya rasa hak ke atas Malaysia.

Komen-komen sambil lewa dan tak berasas bukanlah pegangan kempen ini. Apa yang penting, tak kiralah apa jua yang dihadapi dalam kehidupan seharian, hadapinya dengan kematangan, kepositifan serta optimisme. Lambat-laun, perubahan positif dapat dilihat menerusi pengamalannya.

There are a few characterictics that this campaign aims to instill in revolutionising the mindset of Malaysians.

Among them are to be proactive, criticize constructively, eliminate prejudice, be objective during discussions, and most importantly, have ownership over Malaysia.

This campaign does not believe in slacktivism or unsubstantiated commenting. All we seek is a mature, positive and optimistic approach in our everyday conduct. Once that is practised, a promising shift will take place gradually.

Apakah Peranan Saya?

Bagaimana cara untuk saya turut serta

Where
Do I Come in?

How Do I Participate?

bm
eng

Tiap-tiap seorang dari kita adalah asas pembangunan negara tanah air. Kempen ini adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, maka anda sememangnya penting! Sebagai permulaan sila ikuti hubungi dan ikuti perkembangan kami:

Each one of us is a building block of the country. This is a campaign for all Malaysians by Malaysians. Therefore, you matter! A first step would be to constantly be in touch with us:

Mengambil kesempatan atas peranan penting media sosial, sebarkan mesej muhibah kepada orang ramai yang belum mengetahui akan kewujudan kempen ini.

Sesungguhnya bersua muka adalah cara yang terbaik. Banyak waktu kita diluangkan di hadapan skrin komputer yang secara tak langsung merubah kita menjadi anti sosial dan terputus hubungan dengan apa yang berlaku di sekeliling kita, ibarat katak di bawah tempurung. Oleh itu, sertailah aktiviti turun padang kami sebagai peserta, sukarelawan ataupun sebagai pengunjung. Maklumbalas dan cadangan dari anda amat kami hargai.

As social media plays an important role today, spreading this goodwill message to create awareness is the next best step. Make this campaign known to those who it has yet to reach.

Most importantly, nothing beats human touch. We often spend time in front of the computer which indirectly makes us all anti-social and even more oblivious to what’s taking place on ground, therefore join us during our activities whether as a participant, attendee or even a volunteer. One of the most valuable help would be your feedback and suggestions. Treat this as your own initiative. Send us one today.